Tujuan tuntutan tudung kepada wanita
1) Tuntutan agama Islam yang suci.
- Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa
yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya
mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya,
tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam
tengkoraknya. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa
dengan teruk dalam keadaan itu?
Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun
mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang
tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan
muhrimnya.
2) Mengurangkan dosa daripada terus dimurkai
ALLAH
-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang
lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat
kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut
anda?
3) Lebih cerdik,selesa dan sihat
-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih
selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang
sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan
dapat berfikir dengan cepat dan baik.
Pemakaian tudung juga akan mengelakkan kepala
dihinggap oleh serangga-serangga yang akan merosakkan rambut dan kepala.
4) Tidak membazir
- Tak perlu lagi ke kedai rambut atau salun
untuk mencantikkan rambut dan membuang masa dengan meluruskan rambut dan
mewarnakan rambut serta tidak membazir wang!
*Tidak salah untuk ke kedai rambut atau salun
juga untuk mencantikkan diri untuk keselesaan diri bukan untuk pertunjukan semata
.
5) Lebih sopan dan manis
-Lebih 98% lelaki mengakui wanita
bertudung nampak lebih sopan dan manis.
6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV
akan merosakkan dan menggalakkan keguguran rambut. Walaupun anda memakai
pelbagai bahan kosmetik pelindung, hakikatnya bahan itu mengandungi bahan kimia
yang berbahaya untuk rambut!
7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita
bertudung ibarat buah epal manis yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar
dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.
8 ) Lebih dihormati dan dihargai
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai,
setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri
menjadikan anda begitu dikagumi
9.) Lebih disayangi oleh ALLAH
- Wanita yang bertudung dengan cara yang betul
serta melaksanakan perintah ALLAH akan terus dilindungi oleh ALLAH sehingga
akhirat.
10.) Calon Isteri
- Ramai lelaki yang menjadikan wanita islam
yang bertudung sebagai pilihan utama mereka sebagai isteri. Insyaallah…. ini pendapat saya ja
pemakaian tudung adalah wajib kepada semua wanita islam ...