Malu juga boleh dianggap sebagai faktor utama mengapa manusia berbeza dengan manusia - manusia yang lain . Ini kerana tidak semua orang dilahirkan dengan keyakinan yang tinggi yang berkebolehan untuk bercakap di depan orang ramai tanpa segan silu . Keyakian juga boleh ditingkatkan dengan seseorang itu menimba ilmu yang bermanfaat . Bagi orang yang merasa malu untuk bercakap di depan oarang ramai adalah perkara biasa . Sebenarnya kita juga boleh bercakap di depan orang ramai dengan adanya persiapan yang lengkap dan ilmu yang banyak .
Percakapan yang selalu kita dengar " malu la , aku tak pandai " , " nanti orang tanya lepas tu kita tak tau jawab , malu .." . Permikiran yang negatif seperti ini hanya mengurangkan tahap keyakian kita . Berfikiran positif boleh membantu kita untuk terus maju ke depan . Ingatlah pengalaman lah yang banyak membantu kita untuk lebih berjaya dalam hidup ini . Semoga tip - tip ini membantu kita untuk lebih yakin pada diri .

No comments:
Post a Comment